Sekalung kata-kata aluan dari Guru Besar Cemerlang SK Seri Manjung.
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat bersama-sama menhayati dan mengharungi era globalisasi yang kian mencabar.
Tahniah kepada warga SK Seri Manjung, guru-guru, staf sokongan, PIBG, ibubapa serta bekas pelajar yang sentiasa peka dengan perubahan dan seiring bergerak menuju visi dan misi yang telah kita persetujui.
Visi ke arah SK Seri Manjung Sekolah Berprestasi Tinggi 2015 dan iltizam untuk Melahirkan Modal Insan Kelas Dunia berlandaskan pendidikan berkualiti serta berpusatkan ICT merupakan wadah perjuangan kita yang memerlukan komitmen begitu besar sekali daripada semua warga. Disiplin dan kegigihan semua pihak perlu disemaikan dan ditingkatkan untuk merealisasikan impian ini. Setiap warga mesti mempunyai hasrat dan keinginan untuk maju, lebih dari orang lain dan bersedia untuk mengubah dan berubah.
Semoga harapan dan cita-cita ini akan terus diusahakan serta kita sentiasa dalam rahmat Allah.
Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada semua warga SK Seri Manjung kerana telah dapat menunjukkan usaha, kegigihan dan kecemerlangan pada tahun lepas.
"Semoga hari ini kita lebih baik dari semalam dan insyaallah esoknya lebih baik dari hari ini."
Sekian, Terima Kasih.
Guru Besar Cemerlang.
GURU BESAR SKSM
VISI & MISI
Visi:
Sekolah Kebangsaan Seri Manjung
Sekolah Berprestasi Tinggi 2015